Friday 29 August 2008

41 tahun dahulu

41 tahun dahulu


Aku anak naif yang hidup di kampung dengan kongkongan ibubapa.Duniaku hanya di kampung.Agak marah juga kat ibu dan ayah yang jarang membawa aku dan adik-adik lain berjalan-jalan.Emak selalu marah.Ayah jarang ada di rumah.Itu dulu....


Aktiviti harianku..

Selepas sekolah...Jarak sekolah dari rumah lebihkurang 3 km.Jalan kaki ke sekolah keluar pagi-pagi.Selepas Balik aku terjun parit kata orang kampung aku lumbang.Seronok.

Waktu petang aku main Galah panjang,atau bola sepak pakai kelapa kering atau polis-polis atau banyak lagilah permainan yang aku tak dapat lihat lagi zaman ini.Anak anak aku pun asyik tengok tv.

Cuti sekolah aktiviti kebun tracking.Aku dan teman-teman pergi ke kebun-kebun orang bukan mencuri tau tapi cari apa-apa sayur yang tumbuh meliar.Mandi parit,lumba renang dan berakit tu memang aktiviti utama kami.


Emak ajar juga membasuh pakaian kat parit.Kalau tak membasuh pakaian,aku memancing.Masa udang banyak kami tangkap udang.Senang sebab sesungut udang timbul kat permukaan air aku tarik aje lepas tu kami buat unggun api untuk bakar udang atau ikan yang kami dapat.Indahnya zaman kanak-kanak.

Masa Belajar ditemani lampu minyak tanah sebab tu bila bangun pagi kalau tengok cermin hidung dan muka penuh jelaga.Itu dulu.Kalaulah aku dapat kembali zaman kanak-kanak lagi.


Kini aku faham kenapa emak selalu bising.Sebab aku kini ambil tempat emak.Aku bertuah kerana aktiviti zaman kanak-kanak membentuk diri kini yang kuat dan tabah dengan cabaran.Sebab itu orang ada blogger akupun nak ada blog juga.

Wah tahniah untuk kejayaan aku untuk hari ini.